HOME



Terima kasih  saya ucapkan kepada para pembaca yang sudi untuk  melihat blog saya ini. Semoga anda sekalian berada dalam keadaan sihat sentiasa.

Blog ini disediakan untuk para pelajar dengan harapan ini dapat membantu mereka untuk lebih memahami tentang subjek berkaitan dengan Kajian Tempatan Tahun 5. Blog ini juga diharapkan  dapat membantu guru dalam menyediakan perancangan dan mendapatkan informasi berkaitan untuk dijadikan bahan pengajaran. 

Unit-unit yang terpapar diatas adalah berdasarkan sukatan pelajaran Kajian Tempatan untuk tahun 5.

Unit 1 menceritakan tentang Negara Kita Malaysia termasuklah lokasi Malaysia di Asia Tengggara juga di peta dunia. Unit 2 pula berkait rapat dengan bab sebelumnya iaitu tentang Geografi Fizikal Malaysia.

Kesultanan Melayu Melaka diceritakan pada Unit 3. Bermula apabila penerokaan Melaka oleh Parameswara hinggalah Zaman Kemerosotan Melayu Melaka.

Pada Unit 4, fokus diberikan kepada Negeri Sabah dan Sarawak iaitu tentang asal-usul Sabah dan Sarawak, pentadbiran awal serta kaum-kaum yang terdapat di sana dan sebagianya.

Penjajahan di negara kita yang dimulakan oleh Portugis dan kemudiannya oleh kuasa asing lain dimuatkan dalam Unit 5.  Unit  ini juga menceritakan tentang tujuan kedatangan mereka ke Tanah Melayu.

Sesuai dengan perkaitan dengan Unit 5, pada Unit 6 iaitu sukatan pelajaran yang terakhir, unit ini menceritakan tentang penegasan  ataupun penentangan yang dilakukan oleh wira-wira tempatan dalam menentang dasar  yang dilakukan oleh kuasa asing.


Semoga blog ini dapat memberi manfaat kepada semua yang membacanya.
Sekian.


PENAFIAN
BLOG INI ADALAH SATU USAHA BAGI MEMPERKAYAKAN SUMBER PEMBELAJARAN KAJIAN TEMPATAN. SEBARANG PERSAMAAN DAN PELANGGARAN HAK CIPTA AMATLAH DIKESALI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan