MENGENAL NEGARA KITA
Tema ini
membincangkan lokasi Malaysia di Asia Tenggara, Benua Asia dan dunia. Malaysia
yang terletak di Garisan Khatulistiwa mempunyai iklim panas dan lembap sepanjang
tahun. Murid juga didedahkan dengan kawasan zon iklim dunia bagi melengkapkan
pengetahuan mereka tentang iklim dunia.
Dari aspek fizikal, negara kita
mempunyai pelbagai bentuk muka bumi yang mempunyai kepentingan tertentu. Di
samping itu, murid juga dapat mengetahui tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan
liar serta habitatnya.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
- Mengenal lokasi Malaysia di Asia Tenggara, Benua Asia dan di dunia.
- Mengenal pasti bentuk muka bumi dan kepentingannya.
- Mengetahui cuaca, iklim, tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di Malaysia dan luar negara.
Unit 1 - Lokasi
Malaysia
A. Kedudukan Malaysia di Asia Tenggara
A. Kedudukan Malaysia di Asia Tenggara
Malaysia terletak di Asia Tenggara. Asia Tenggara
berada di Benua Asia. Mari kita lihat kedudukan negara kita dalam glob di bawah.
- Kedudukan Malaysia di Asia Tenggara
INFO MURID
Negara-negara di Asia Tenggara telah
membentuk satu pertubuhan, iaitu Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)
pada tahun 1967.ASEAN, merupakan singkatan bagi "Association of Southeast Asian Nations" atau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara.ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok dengan tujuan untuk mengukuhkan kerjasama serantau. Negara anggota mengadakan mesyuarat pada setiap November.Kini ASEAN dianggotai oleh hampir semua negara di Asia Tenggara. Negara-negara anggota adalah seperti Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Kemboja, laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam.
B. Kedudukan Malaysia di Benua Asia dan di
Dunia.