Isnin, 26 November 2012

UNIT 1


MENGENAL NEGARA KITA

Tema ini membincangkan lokasi Malaysia di Asia Tenggara, Benua Asia dan dunia. Malaysia yang terletak di Garisan Khatulistiwa mempunyai iklim panas dan lembap sepanjang tahun. Murid juga didedahkan dengan kawasan zon iklim dunia bagi melengkapkan pengetahuan mereka tentang iklim dunia.
Dari aspek fizikal, negara kita mempunyai pelbagai bentuk muka bumi yang mempunyai kepentingan tertentu. Di samping itu, murid juga dapat mengetahui tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar serta habitatnya.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
  •  Mengenal lokasi Malaysia di Asia Tenggara, Benua Asia dan di dunia.
  •  Mengenal pasti bentuk muka bumi dan kepentingannya.
  • Mengetahui cuaca, iklim, tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di Malaysia dan luar   negara.

Unit 1 - Lokasi Malaysia
A. Kedudukan Malaysia di Asia Tenggara
Malaysia terletak di Asia Tenggara. Asia Tenggara berada di Benua Asia. Mari kita lihat kedudukan negara kita dalam glob di bawah.

  • Kedudukan Malaysia di Asia Tenggara


INFO MURID
Negara-negara di Asia Tenggara telah membentuk satu pertubuhan, iaitu Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) pada tahun 1967.ASEAN, merupakan singkatan bagi "Association of Southeast Asian Nations" atau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara.ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di  Bangkok dengan tujuan untuk mengukuhkan kerjasama serantau. Negara anggota mengadakan mesyuarat pada setiap November.Kini ASEAN dianggotai oleh hampir semua negara di Asia Tenggara. Negara-negara anggota adalah seperti Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Kemboja, laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam.


B. Kedudukan Malaysia di Benua Asia dan di Dunia.
Kedudukan sesebuah negara dapat ditentukan dengan menggunakan mata angin. Malaysia terletak di asia tenggara dan terletak di garisan khatulistiwa.


INFO MURID
Kompas digunakan oleh ahli pelayaran dan pengembara sebagai panduan ke sesuatu tempat.



Peta dunia menunjukkan Asia



 



Kedudukan malaysia di benua asia





Arah mata angin sebagai pandu arah


Arah mata angin digunakan sebagai salah satu cara untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat. Kedudukan sesebuah negara juga dapat ditentukan dengan menggunakan mata angin.

KUIZ
Dengan menggunakan peta dunia, dapatkah Anda menentukan kedudukan negara kita di dalam peta dunia?






RINGKASAN












Tiada ulasan:

Catat Ulasan