Terima kasih saya ucapkan kepada para
pembaca yang sudi untuk melihat blog saya ini. Semoga anda sekalian berada dalam keadaan sihat
sentiasa.
Blog ini disediakan untuk para pelajar dengan harapan ini dapat membantu mereka untuk lebih memahami tentang subjek berkaitan dengan Kajian Tempatan Tahun 5. Blog ini juga diharapkan dapat membantu guru dalam menyediakan
perancangan dan mendapatkan informasi berkaitan untuk dijadikan bahan
pengajaran.
Unit-unit yang terpapar diatas adalah
berdasarkan sukatan pelajaran Kajian Tempatan untuk tahun 5.
Unit 1 menceritakan tentang Negara Kita
Malaysia termasuklah lokasi Malaysia di Asia Tengggara juga di peta dunia. Unit
2 pula berkait rapat dengan bab sebelumnya iaitu tentang Geografi Fizikal
Malaysia.
Kesultanan Melayu Melaka diceritakan pada Unit
3. Bermula apabila penerokaan Melaka oleh Parameswara hinggalah Zaman
Kemerosotan Melayu Melaka.
Pada Unit 4, fokus diberikan kepada Negeri
Sabah dan Sarawak iaitu tentang asal-usul Sabah dan Sarawak, pentadbiran awal
serta kaum-kaum yang terdapat di sana dan sebagianya.
Penjajahan di negara kita yang dimulakan oleh
Portugis dan kemudiannya oleh kuasa asing lain dimuatkan dalam Unit 5. Unit ini juga menceritakan tentang tujuan kedatangan mereka ke Tanah Melayu.
Sesuai dengan perkaitan dengan Unit 5, pada
Unit 6 iaitu sukatan pelajaran yang terakhir, unit ini menceritakan tentang penegasan
ataupun penentangan yang dilakukan oleh wira-wira tempatan dalam menentang dasar yang dilakukan oleh kuasa asing.
Semoga blog ini dapat memberi manfaat kepada
semua yang membacanya.
Sekian.
PENAFIAN
BLOG INI ADALAH SATU USAHA BAGI MEMPERKAYAKAN SUMBER
PEMBELAJARAN KAJIAN TEMPATAN. SEBARANG PERSAMAAN DAN PELANGGARAN HAK CIPTA
AMATLAH DIKESALI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan